27 April 2011

bila hero kampung cuba-try-test awek glamer! [Wednesday, 10:42pm]

x dpt nk tido
wpun badan da penat giler!
aku cuba la pejam mata tp poyo je mata ni
x mo pejam2
then pe lg..update blog yg buruk ni la

smalam dload muvie cun
genre~~romantic comedy by osman ali
aku geram bila kat big cinema x de citer ni!
sakitnya ati..
tp now bjaya gak tgk
cun kan poster die?
seriously citer ni klakar abes!
wpun maya karin mcm x all out
tp aku suka watak remy dlm citer ni
die sbg atan
budak kampung yg loghat die mak aiihhh
meremang aku dgaq
dlm citer ni..
die cuba mengorat [try-test] si luna [maya]

dulu kalu x silap pengarah filem ni yg wat toll gate girl kan?
serius suka giler dgaq depa ckap utara
ngan si kuntumnya
si bedah tonggek..
hahaha
wtak plg aku suka tentulah manis!
semanis orgnya..
manis ni syg betul ngan si kembangnya [kerbau tu la]
pndai die blakon bw watak gadis terencat akal
wuhuu..mantap!!

masuk hari ni da 3 kali aku tgk..
dan mungkin akan ulang dan ulang
bila scene klakar..gelak x hengat!!
tp bila scene sedih..rasa nk mengalir plak air mata
kira smuanya ckup rencah la

pe lg korang..sape2 yg x pnah tgk tu
g la lyan
mmg bley ilangkan stress
kalu kat pggung tempat korang da x ditayangkan lg
pndai2 la cr katne yg bley dload
hehehehe
dijamin 100% citer ni best
cuba-try la tgk
v(^o^)v

dugaan & kopipes [Wednesday, 6:04pm]

org kata..
kalau ikut hati mati
huhu
cam tu la jd kat aku td
actually br eksiden lggar kete sorang india td
aku reverse kete and x perasan dr celah mana die mai
haha salah aku gak la x ushar cermin tgk blakang
x pe la..pe nk wat benda da terjadi
smpai cikgu bala [pK ko-ko] aku siap call
sbenarnya aku de latihan utk peserta sukan ptg ni
ntah cmne de miscommunication
aku x tau plak smua cikgu terlibat
igt ketua ngan cikgu yg urus peserta je..
jd aku ngan x bw baju sukan mmg nk balik la
wpun cikgu bala mcm x bg
tp mana nk selesa train budak pkai baju kurung kan?
aku da siap smpai sek dikya 2.30 tu td
mmg laju i bawa [huhu]
dlm byk2 situasi..napelah waktu reverse plak yg aku kena?
huhuhu inilah nama dugaan
sabo je la
pedoman dan iktibar utk aku
len kali kalut cmne pun sila hati2


hari ni de sorang follower baru
jue namanya
best gak baca blog beliau
[kalu nk baca sila klik sini]
ni de benda nk kopipes
hope korang enjoy baca and amik sbg pedoman


~10 AMALAN POPULAR TAPI SONGSANG~


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

26 April 2011

maharaja lawak [Tuesday, 6:05pm]

[gambo2 dicuri dr fB maharaja Lawak]

lambatnya aku nk bercerita soal maharaja lawak [ML] ni
bukan pe
aku kan bizi
yeah..insya allah jumaat ni masuk minggu kelima
btw..
ML ni die himpunkan pemenang2 tempat 1-3 raja lawak yg lepas2
tp kalu korang perasan kumpulan cham x de
x kisah la..yg len lg best!

ok..aku tahu peminat jozan rmai
aku pun minat giler ngan jozan
tp aku rasa sumtimes populariti depa ni yg wat org asyik nk gelak je
bukan pe..kdg2 rasa mcm content kosong
minggu pertama bley trima la kata bizi ABPH la
minggu 2,3..recycle lawak lama
tp minggu keempat depa agak bgus
wpun rmai kata persenda agama la
tp bg aku boleh diterima
realiti manusia skrg mcm tu
ala..ustaz2 kat masjid siap wat gaya ultraman segala
so wat de hal?
bg aku x de masalah lgsung..amik sbg iktibar dowh!

then plg mengujakan..dan mungkin membencikan sesetengah manusia
tadaaa....
haha
ke laut die ni
wpun abg mamat kata de peningkatan
still x bley lawan "otai2"
sila tersingkir dgn segera
sape la yg undi die ni?
[tp kalu rezeki die kita trima je la]

sepah plak..
aku x penah tgk depa dlm raja lawak season 3 dulu
sbb aku kan masih kat U
tp bak kata adik2 aku sepah terbaek!
dan mmg terbaik pun..suka tgk minggu muzikal depa
"kenapa abg..kenapa abg?? kau diam peah!"
hahahaha aku x terfikir plak depa nk guna lagu
hotel california

bang biL...
aku x tau nape..
die dlm MJ sgt2 lawak ok!
tp bila di luar x de sgt menonjolnya~~kontroversi byk hehehe
smoga MJ memulihkan imej dan reputasi beliau haha
aku suka lawak imaginasi die yg superb kreatif
yg x terfikir oleh org len kot
lebih2 lg last week
yg lawak ttg mesin masa tu
adooyaii~~pecah usus kalu gelak lama2 huhu

balas
yg ni mmg nk kena serangan "balas" ngan aku
x abes2 lawak "double meaning"
ckit2 bley la
sbb aku pun terbiasa tgk boria kat uM dulu
boria kan asal penang..depa org penang
lawak2 double meaning mmg makanan budak2 boria
tp depa ni ahli boria ka? hahaha
aku kwn2 rmai kat penang pun x pnah dgaq org blawak cmni
stakat dlm boria ja
laki jd perempuan la..ckap itu ini
tp kumpulan balas ni memanjang nk ckap "kotoq"
jgn salahkan audience bila pikir cm tu
sbb org2 kita kan mmg suka pikir double2 gak [bukan smua]
hahaha
jgn ditambah ke'doublean' benda2 kotor dlm pemikiran org kita

si gemuk yg kreatif
itulah alex
tp sian last week terkeluar
s.m.s punya pasal la!
pe2 pun die ni bak kata arwah din beramboi
"jika sy x ada nnti awk gantilah tempat sy di radio ERA"
huu..itu je membuktikan si alex ni mmg berbakat besar..segalanya besar...
hehehe

finally..
i'm into PINK!
bukan nk jd jambu
tp kerna mereka mmg jambu!
mybe rmai yg pndang depa sbelah mata
tp yus & tauke mmg terbaek
muka legend..hati cute!
setiap minggu mmg mghiburkan
plg best..last week
x pyah ckap byk2
gerak tubuh je da wat org gelak

sapekah MAHARAJA LAWAK pilihan daku?
kita tggu je la finaL ni
smua pun hebat2
sape juara tu la aku sokong
tp kalu yg x menang pun tetap terbaek!
[kecuali amir & jihan~~x best!]

benci jd suka..hahaha [Tuesday, 5:26pm]

itu lah pesan org tua2
jgn benci sgt2..nnti suka br padan muka
yeahhh!!
seantero dunia tahu aku sgt benci pd jB
[justin bieber la!]
dgn rmbut konon2 nk tiru beatles
dan dgn suara yg mcm perempuan
pe la yg de kat mamat sekor ni?

last week
akibat terbaca review filem ni kat blog zuzu
and smemangnya sbelum ni aku da tgk trailernya
bersemangt btul adik zuzu kita!
siap jd kan profile pix gambo jB lg
aku pun pe lg...
g la ke big cinema ngan dikya
nk lyan 3D punya pasal
btw hari sbelum dload kat etenet
tp x bper puas ati sbb blur giler
yelah! x de glasses 3D
hahaha

so..bila abes lyan
1 word...awesome!
aku ibarat duk di madison square garden
suatu ketika dulu vCD konsert n'sync live dr situ yg slalu aku lyan
and aku jerit2 tyme tgk n'sync dulu
tp filem jB ni aku x jerit la mcm fanatic fans die tu
hahaha
cuma mmg best la dokumentari filem ni
smpai tetiba aku bley nyanyi skali
[okay~~tetiba aku terbayang lagu "down to earth"]

aku just kagum tgk talent die dr kecik
tp suara die mmg hampeh..!!
cnfirm la x bley lawan usher
cuma mungkin personaliti die la kot
yg wat die jd kegilaan [yelah sgt....]

ok dulu aku benci..tp skrg suka [ckit la haha]
tp jgn igt nk fanatik sgt..
skadar mula memandang dr sisi berlainan
hahaha x salah kot?
td pun br terfikir nk g lyan skali lg
sbb..
aku suka tgk fans die yg over excited tu!!!
hahahahaha

apeeee pun x bleh!! [Tuesday, 5:10pm]

niat di hati dr last week nk update
tp silalah salahkan sistem blogger ni..
sbb aku nk masuk x boleh2
syukur..dpt "tembus" gak akhirnya
bolos saja dinding itu~~~hooray!


perihal manusia yg x pnah puas ati ngan org len~~
itulah yg berlaku pd aku smenjak dua menjak ni
aku pun x tau pe yg depa x puas ati
kalu dulu knonnya kitalah intan payung
smuanya la..
skrg...booo!
aku geram bila keadaan ni menular pd org len
yg aku pasti aku x penah wat salah pd depa
and pd yg mulakan tu pun aku rasa aku x wat pe2
kalu sndiri dia terasa itu dah jd SALAH aku ke?
kalu aku x wat pe2 tiba2 dia nk melenting..
SALAH AKU JUGA KE?


hai..lantak la
aku de blog utk luah pe yg aku rasa
dgn idup aku yg makin bizi [smpai nk cr bF pun aku x de masa!]
nk ronggeng2 ngan adik aku pun still berkira
pe lg yg depa nk hrapkan dr aku?
depa nk bersuka ria suka hati depalah
aku mlas nk masuk cmpur dah
terlajak kata smua org tahu
terguris hati de yg amik tahu ke?


p/s: pe punya bangang la aku masih lyan "depa" yg mcm tu..
apeeee pun x bleh..hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails