mmg aku da bjaya membuat puding roti kukus pandan ni
resipi diamik dr blog CT Delima
terasa nk membuatnya sbb de pandan
how i lurveeeee pandan!
heheehe
tp kan
dlm resipi asal
die bg sukatan ikut cawan
so ini advice aku pd kengkawan
kalu dlm satu2 resipi tu guna sukatan cawan, sudu dan sbagainya
bukan bermakna guna cawan yg kita minum tu
atau sudu besar and sudu kecil yg sesuka ati bley dicapai di dapur umah kita
huhu
sebaliknya kalu cawan tu..
contohnya la kan :
1 cup gula mgkin bersamaan 110grams
tp 1 cup brown sugar plak bersamaan 200gram
so..lain2 kan?
aku kalu nk masak pe2
mmg slalu rujuk sukatan2 tersebut di sini
okay..berbalik pd resipi
bahan2 yg digunakan :
~~12-14 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
~~15 helai daun pandan
~~1 biji kelapa parut
~~5 cawan air (250ml x 5)
~~2 biji telur (dipukul ringan)
~~1 cawan (100grams) gula pasir (kemanisan ikut suka)
~~1/2 sudu teh esen vanila
~~20 gm kismis (untuk tabur-optional)
~~sedikit pewarna hijau
~~sedikit garam
cara membuatnya :
~~Bersihkan daun pandan, kerat kecil2, blend dengan kelapa parut dan air.
Tapis utk mendapatkan santan yg kini telah berperisa pandan.
~~Dalam mangkuk besar, masukkan telur, gula pasir, dan santan tersebut.
Kacau sekejap untuk melarutkan gula tersebut.
~~Masukkan esen vanila dan pewarna hijau, kacau lagi hingga rata.
(Nasihat aku..sila rasa sedikit santan untuk pastikan cukup rasa..
kalu kurang manis sila tambahkan lagi gula)
~~Celupkan roti dalam campuran santan tersebut hingga serap sepenuhnya
dan susun dalam loyang. Buat sampai habis. Akhir sekali taburkan kismis sebagai hiasan.
~~Kukus roti tadi selama 15-20 minit. Sejukkan baru di potong.
untuk pengetahuan korang..aku x guna kismis pun
sbb family x reti makan kalu de kismis dlm puding ke, cake ke..pe2 ke
yg diaorg tau meratah kismis je..haha
antara pix yg smpat aku snap :
~~roti direndam dlm campuran santan~~
~~kalu nk senang guna acuan cheesecake je..~~
~~then lapik kat bawah ngan aluminium foil~~
~~then susun je kepingan2 roti bertingkat2..layer demi layer~~
~~smpailah penuh...huhu~~
~~kemudian kukus la dlm periuk kukus~~
and setelah 1 jam setengah mengukus (x tau nape aku tpaksa kukus lama sgt)
hasilnya..
No comments:
Post a Comment