08 December 2012

tiada tajuk [Saturday, 2:19am]


hatiku berbunga lagi..
bukan kerana gembira,
tetapi bahagia yang tiba-tiba datang menjelma

aku rindu..
pada setiap saat dan ketika bersamanya..
ada khabar gembira yang ku harapkan
namun sedihnya tetap ada..
adakah mungkin aku tetap gembira lagi bersamanya?

ku harapkan semoga cinta yang ada..
tidak memusnahkan impianku bersamanya..

ku mahu bahagia itu datang
walaupun ku tak pasti tentangnya..
ku mahu angin lalu dan memberitahuku
hati dan perasaannya..

meski mungkin nanti 
ku telan pahit dalam hati..

ku harapkan tika dan saat ini aku dapat bersamanya..
melalui hari-hari yang ku tak pasti
adakah cinta itu..
akan bersemi..
di hati kami?

p/s : one of my best collection..da lama x menulis luahan hati ini v(^o^)v

4 comments:

Jue said...

besh....suke...huk3

amarnie_zizan said...

Thanx beb! Hehe bosan2 kalu ni la yg dibuat..hehe

Cik Tinny said...

siapa dia?? hhehehe!

amarnie_zizan said...

Pn. Tini: dia yg x perlu dinamakan kot? Hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails